Friday, April 01, 2011

Kehilangan mu.

Malam ini adalah malam pertama aku kehilangan mu di sisi. Pemergian mu bukan lah satu permintaan tapi merupakan satu paksaan. Aku terpaksa menerimanya sungguh pun jiwa ku ini seperti di rentap. Badan ku keletihan. Minda ku kepenatan sejak dari pagi hingga ke waktu ini aku belum dapat melenakan mata ku. Aku tidak sanggup untuk menutup mata tanpa kehadiran mu disisi.

Aku terbayang kau tentu sedang lena dibuai mimpi, dengan kedinginan pesawat di waktu malam. Jam menunjukkan kau punya masa 2 jam lagi untuk tiba di tanah orang. Aku sedar bahawa kau juga serba salah. Tapi aku tidak sanggup untuk melalui hari hari yang berikut tanpa diri mu disisi.

Hidup ku tidak lengkap. Hidup ku tidak bermaya. Hidup ku kosong tanpa erti. Hidup ku bakal di temani air mata. Hidup ku bakal di temani oleh kata bicara diri ku sendiri.

Aku benci dengan diriku sendiri. Aku benci kerana terpaksa mengharung penderitaan ini. Biarlah aku derita di sepanjang pemergian mu. 

Aku buntu. Aku berdoa agar cepat pula pemergian diriku buat selamanya. Kerana aku derita tanpa senyuman mu, tanpa manja mu. Hidup ini tidak bermakna tanpa dirimu.

Asmara melewati kala sendu, tersurat perpisahan ini. Biarlah terasing disini. Tak mungkin akan bersinar kembali tanpa dirimu. Dan kini kau telah pergi tinggal ku sendiri.

Bagaimana haruskah aku melalui hari hari berikutnya???

2.58 am KUL/7.58pm LON

No comments:

Post a Comment