Tuesday, March 29, 2011

Madah Cinta

29th Mar 2011

Cinta..jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan satupun yang lain. dan jika anda tidak memilikinya, apapun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya. Alasan yang sukar untuk dimengertikan.

Rinduku padamu ibarat hikayat.....Walau berdekad diceritakan tetap teruja mendengarnya...Rindu padamu bagaikan hembusan nafas terasa diAromaku....Membuat aku resah menantimu....Walau sedetik...Percayalah kasihku bayanganmu menjadi igauanku....

C - Cintaku Padamu tulus suci
I - Impianku hanya untuk bersamamu
N - Nilai Kasihku Tanpa Batasan
T - Tenang Aku Disisimu
A - Akan kita Kuharap Terus Bersama

Hadirmu Bagai Suria Pagi....Sinarnya Lembut Memamah Embun...Tatkala Terik Ia Bagaikan Membakar Api Asmara Yang Bergelora Didada...Kasihku Padamu Selembut Bayu Petang Yang Mengetar Dijiwa...Rinduku Padamu Bagai Garis-Garis Senja Yang Tak Sabar Menanti Bulan Melimpahi Cahayanya Kedalam Lautan Cinta Kita... 

Telah Kukirimkan Pada angin Yang Aku Terlalu Merinduimu...Juga Telah Aku Taburkan Benih-Benih Kasih Pada Embun Yang Turut Membasahi Bumi...Sempat Juga Aku Ukir Namamu Dikaki Langit Sebelum Fajar Menyising Hari...Tidakkah Kau Rasa Apa Yang Kurasa...Dapatkah Kau Jalinkan Yang Kuserahkan Padamu...Untuk Kau...Mengertilah Bahawa Aku Terlalu Menyintaimu...Sayangku

Benar Sayang Aku Merinduimu,menyayangimu,Mengasihimu...Tanyalah Pada Bulan Betapa Aku Setia Menantimu...Lihatlah Pada Bintang Yang Bertaburan Dilangit...Begitulah Kasihku Padamu Tidak Terkira...Bagai Sungai Yang Mengalir..Bak Tebing Yang Kukuh...Begitulah Setiaku..Itulah Janjiku Padamu...Selagi Masih Bernafas Selagi Itulah Aku Akan Tetap Bersamamu...

Monday, March 28, 2011

Rentetan Sepanjang Minggu

Sepanjang   15hb - 27hb Mar 2011

Sejak beberapa hari aku tidak meluahkan sebarang ungkapan maupun coretan di alam maya ini.Sekadar kerana ingin merangkumkan semua peristiwa yang berlaku dalam masa lebih dari seminggu.

 Kereta ayang di timpa kemalangan kecil. Salah siapa. Diri sendiri katanya. Bermula episod  memenatkan diri dengan membabitkan diri dengan berurusan dengan orang orang yang tidak cekap. Bermula dengan urusan membuat report. Interview dengan pegawai bertugas. Mengambil masa lebih kurang 5 jam sekurang kurangnya. Berakhir episod malam itu dengan tiba di rumah hampir jam 2 pagi.

Keesokan harinya urusan mengambil salinan report di IPT KL. Berjumpa pula dengan kutu kutu workshop yang berkeliaran di stesen dan akhirnya bersetuju membawa kereta ke bengkel yang dijanjikan.

Sabtu lepas, menuju ke UIA menghantar ayang untuk kertas peperiksaannya yang pertama. Dari jam 8 pagi hingga jam  11.30 segala urusan selesai.

Sepanjang minggu aku banyak meluangkan masa bersama samanya. Aku gembira dan bercampur sedih. Gembira,  sedikit sebanyak aku benar benar merasakan kehadirannya dlm diriku. Sedih kerana dia menghitung hari untuk meninggalkan ku dalam masa yang terdekat untuk 9 hari. Bagaimana harus aku lalui hidup ku tanpa dirinya.

Aku berserah pada mu tuhan. tabahkan hati ku. Aku akan sentiasa seperti diriku menyayangi dirimu..walau sedetik lebih.

Thursday, March 24, 2011

Well...

Lately I am so lazy to write. So I will hold my thoughts.

Life: 50/100
Love: 75/100
Health: 90/100
Work: 0/100
Feelings: 75/100

Will be back soon.

Saturday, March 19, 2011

Antara Kebenaran dan kebetulan

18th march 2011

Peristiwa semalam sedikit sebanyak mempersoalkan antara kebenaran atau kebetulan. Walaupun dengan kesungguhan dan jawapan yang di beri hanya ringkas "tidak tahu" .

Kerana peristiwa dahulu ternyata kebenaran agak susah diterima hanya dengan kata kata. Kerana apa yang terjadi semalam bersangkut paut dari satu perkara ke satu perkara. Mungkin kebetulan. Ironiknya setiap soalan telah disediakan jawapan yang agak convinience bagi dirinya. Agak mustahil kedua dua handphonenya tidak dapat dihubungi. ternyata teknologi mengatakan bahawa hanphonenya telah di matikan. Bukti yang nyata diberikan oleh teknologi atau kata kata seorang yang pernah memperdayakan aku dahulu. Once bitten twice shy.

Aku berserah kerana aku percaya pada karma. Bukan salah aku untuk meraguinya. Bukan pinta ku untuk meraguinya. Kerana gerak gerinya sendiri yang mengundang permasaalahan semalam.

Ternyata my hunger strike tidak berlaku. Hanya kerana dia ingin mengalirkan air mata pinta simpati. haruskah aku yang sering mengalah? Sedangkan dia hanya pandai mengucapkan ungkapan "sorry" setiap kali berlaku kesalahan.

Jika ini berterusan what comes around will goes around. Kita tunggu dan lihat. Kesungguhan memperbaiki? Belum ada kemajuan. Kerosakan pula yang ku saksikan. Seperti tikus membaiki labu umpamanya. Taraf kepercayaan masih di tahap lama. Belum meyakinkan. Telah merosot angkara semalam.

Mungkin ini lah erti satu kehidupan. Manusia berlakon di pentas dunia. antara kebenaran atau pun ianya satu kebetulan.

Friday, March 18, 2011

Full, Cold & Silent

1 night ago was heaven. But last night was Full = Full stomach, Cold = Cold like an ice Silent = Silent like a statue.

When you are full you get easily dozed. When it is cold make the process quicker. When you dozed off you became silent. When you get silent you ignore the surroundings. When you ignore you tend to forget. When you forget you don't care. When you don't care you not sure what's happening. When you are not sure you give an excuse. When you give an excuse you try to give reasons. When you give a reasons you try to escape. When you try to escape it shows who you are.

Begitulah erti satu kehidupan. A complete cycle.

Makan, Tidur, Kerja, Makan, Tidur, Kerja. Beginikah anda sekarang?

18th March 2011

?Bangun tidur ku terus mandi , tidak lupa mengosok gigi , habis mandi kutolong ibu membersihkan tempat tidurku.Lagu ini mengingatkan kita dengan zaman dimana kita dititipkan orang tua kita disekolah yang lebih dikenal dengan nama taman kanak-kanak itu atau tadika.
ada yang menarik yang akan saya angkat didalam tulisan ini , salah satunya , ketika anda bangun tidur , anda terus mandi , terus berangkat kerja ( bagi yang kerja ) atau terus pergi sekolah( bagi yang bersekolah) .

Umur kita ini sudah ditentukan dengan perhitungan yang hanya allah sahaja yang tau . tapi alangkah ruginya anda jika waktu anda hanya digunakan untuk makan, mandi , kerja terus pulang dan tidur lagi untuk kemudian bangun pagi lagi dan begitu terus secara berulang -ulang .
saya pernah mendengar ungkapan ini di kaca tv sinetron indonesia ” masak hidup sekali aja kamu pake untuk tidur aja !!!” . mendengar itu saya langsung berfikir tentang pernyataannya itu .banyak yang terkandung didalam kalimah simple itu . cubalah untuk memanfaatkan waktu dengan melakukan hal-hal yang berguna . memang tidur itu berguna , tapi apakah anda rela menghabiskan umur ini hanya untuk tidur , padahal banyak hal yang menunggu anda diluar sana !!!
Atau anda akan tidur buat selama lamanya. Wallah w'alam.

Thursday, March 17, 2011

Nombor 3

17th March 2011

Baru je dapat message dari ayang. Dia bagitahu hari ini no 3 adalah hari untuk kita berdua. Ironicnya dia boleh ingat. I am proud of you. Maka hari ini genaplah 3 bulan 3 minggu dan 3 hari  perhubungan kita. Harap harap kekal hingga ke akhir hayat. Amin

Thank you ayang.

Rendang Tok Negeri Sembilan

17th March 2011

Hari ini aku balik Seremban jap. Sebab aritu mak call, aku bagitahu nak makan rendang ayam. (Sebab ayang nak makan) Tu yang mak datang Seremban hari nie masak untuk aku. Hehehe

Gerak darik KL 1.30ptg isi minyak kete gitu gini sampai Seremban 2.30ptg. Sampai je terus makan bertambah 2 pinggan. Habis diet nasi aku. Sodap hinggo menjilat jari. Lama tak makan masakan mak. Tapi kalau nenek aku buat rendang hitam nie lagi kering dan lagi hitam dan lagi sodap.

Jam 5 aku akan gerak balik ke KL. Makanan sudah tentu akan aku bawa balik. Nak bagi kat ayang lah.

Tiada drama hari ini. Aku berharap keadaan ini berlarutan hingga malam. Amin.

Ayang I missed you.

Thank You Dear

Setelah sekian lama last night was heaven. Thank you dear. ;-)

Wednesday, March 16, 2011

Hanya itu satu pinta ku.

16th March 2011

Hanya satu pinta ku. Agar kau terus berusaha menunjukkan yang kau benar benar ikhlas dan mencintai ku. Kerana aku terlalu amat menyayangi dirimu dan mencintai mu.

Jangan ada satu pun punca yang akan menghalang perhubungan kita. Aku berdoa kita akan kekal selamanya.

Sayang aku merindui mu sepanjang hari.

Tuesday, March 15, 2011

Im tired of so many things and I am tired of being tired.

15th March 2011

Oh dunia ini
Penuh kepalsuan
Oh mungkinkah tiada
Keikhlasan
Apakah ini
Suatu pembalasan
Ku sedar kebesaranMu Tuhan

Aku bagai seorang
Kembara jalanan
Terumbang ambing
Di lautan gelora
Mencari kebahagiaan
Dahan untuk menumpang kasih
Mungkinkah suratan
Hidup ku selalu keseorangan

Tidak ku fahami
Mengapa terjadi
Peristiwa pahit mengguris hati
Jalanan hidup ini
Sudah tertulis
Kutempuhi dengan kesabaran
Kusedar kebesaranMu Tuhan...

Malu, Ashamed, Self Conscious, Embarassed apa lagi definasi?

15th March 2011

Suruh menprivatekan gambar untuk menjaga maruah dan diri. Adakah gambar-gambar tersebut tidak bermaruah. Atau gambar-gambar tersebut terlalu hina untuk tatapan umum? Aku tidak mengerti. Tidak ada satu pun gambar tersebut berunsur lucah. Hanya kerana perasaan mengetahui gambar gambar tersebut adalah mesra maka self conscious mengatakan gambar tersebut keterlaluan untuk tatapan umum? Sedangkan perkara yang sama bergambar bersama teman lain dengan mesra tiada pula di anggap menjatuhkan maruah.

Maka maruah aku yang tercabar. Kerana pedulikan dengan apa yang orang lain kata maka kita berfikiran gambar yang dikategorikan "G" untuk general atau "U" untuk umum di salah kategorikan sebagai "SX" atau "PG21". Hahaha  lawak.

Maka teori ku telah terbukti, memang sengaja ingin melihat reaksi apabila mengupload gambar bersama di sesawang dirinya. Maka kehadiran aku hanyalah mengundang masaalah,  umpatan, cacian, hingga menjatuhkan maruah si dia?

Sekali lagi aku ingin nyatakan tiada unsur "SX" atau "PG21" pada gambar-gambar tersebut sekiranya ada yang bertanya tidakkah hanya boleh memberikan jawapan sinis barangkali? Jawapan seribu jawapan yang boleh direka? Tetapi masaalahnya gambar itu adalah aku. Berasa malu barangkali. Untuk menjaga perasaan pihak atasan? Lagi aku tak paham. We dont mixed private life with work!!! Mungkin malu, ashamed mengetahui yang mereka tahu kita sebenarnya. Tapi sekali lagi gambar itu tak bersalah. Tiada satu pun berunsur lucah. Tetapi gambar menunjukkan diri sendiri yang menjatuhkan maruah secara kandid di anggap sebagai bahan lawak. Tidak berasa malu. Aku binggung dengan definasi malu yang ada padanya.

Ohh mungkin baru aku faham. Pihak atasannya juga berFB ketika dalam waktu kerja dan sempat untuk melayari semua di sesawang. Dan mungkin bile terlihat gambar "mesra" tersebut maka terjadilah satu kejadian ngeri yang bakal memporak perandakan kerjayanya. Kerana pihak atasan mungkin akan mengambil kira prestasi kerja dari laman sesawang peribadi seseorang.

Sedih, marah, malu. Aku sudah mengerti aku berada dkedudukan mana dengan mengikut keadaan tertentu. Aku sedih aku sanggup di privatekan. Aku marah kerana aku dianggap tidak layak untuk memasuki laman sesawangnya. Aku malu kerana dianggap gambar gambar itu semua menjatuhkan maruah dan mengundang umpatan.

I rest my case. Whatever it is I am proud, megah, gembira bergambar bersamanya walaupun dia menganggap sebaliknya. Its not your fault just how u define those words and pictures correctly.

Maka ini lah erti satu kehidupan yang sebenarnya.  

Nothing at all.

14th march 2011

Sepanjang hari ini dari jam 3 ptg hujan turun mencurah curah. Tiada apa yang menarik. Cuba untuk upload gambar tapi mengambil masa yang terlalu lama.

Malam, masak untuk sayang   Sayang masak sayur. Kesudahannya sayang muntah semuanya. Sayang tidak sihat. Jam 9.30 mlm sudah beradu.

Isnin berlalu dengan pantas tiada apa yang dibicarakan.

Monday, March 14, 2011

Bersantai di hari minggu. Perjalanan pulang ke KL

13th March 2011

Awal pagi aku dikejutkan oleh bunyi alarm BB sayang. 7.15pagi. Hmm masih awal dan sejuk lagi.Sayang masih berkerut di sebelah ku. Muaah satu hinggap di pipinya. Muaah lagi satu das menghinggap pipi kanan nya. Feel so warm.

Hmm awal lagi fikirku. Menyelinap di bawah selimut kembali disisinya. 9 pagi mak Nor dah balik dari pasar tani. Hmm aku harus bangun. Tak elok bangun lewat dirumah orang. Baby masih lagi melingkar. Baby so cute.

Hmm ada idea untuk bermain Jimrami. Ke kedai beli playing cards dan aku , Nor dan sayang bermain Jimrami bersama. Ummm mak Nor join skali...memang tak payah nak di ajar. Mak pandai bermain rupanya.

Hampir jam 3 ptg kita bermain akhirnya Sayang yang memenangi permainan ini.

Lunch makanan yang disediakan enak sekali tapi sayang ikan gorengnya sejuk kerana di masukkan kedalam peti sejuk.Ahaks.

Bertolak dari Sitiawan jam 4.30ptg. Menghala ke Lekir, Bidor dan terus masuk ke Lebuhraya PLUS.

Hmm satu lagi insiden berlaku. "Abang" nya talipon. TAK SUKA. Nak bermanja manja panggil abg adik. Geli lah. Abg angkat ke terangkat ke WHATEVER. All nonsense. Kalau kakak angkat ke, mak angkat ke, bapak angkat ke logik lah jugak. Abg angkat yang sama status. Ceciter ceciter.

Jam 6ptg baru sampai lebuhraya. Aku pula yang ambil alih memandu. Kesian kat sayang nanti dia penat.

Sampai persimpangan Shah Alam guthrie hari telah berlabuh senja. Hujan makin lebat. Jam 8 mlm akhirnya sampai juga ke rumah dan singgah di pasar malam.

Malam itu tidur nyenyak kerana kepenatan. Thank you sayang. I always love you.

Perjalanan Ke Utara

12th March 2011

Awal pagi kita terpaksa bangun. Si Dia ada kelas pagi ni. Jam 8 pagi aku menghantarnya ke PJ. Hmm trafic nampaknya sungguh baik. Jam 8.30 kita tiba di PJ. Bergegas pulang untuk packing perjalanan ke Utara.

Jam 10.30 pagi bertolak ke PJ untuk menjemput sayang. Tiba di sana hampir 1 jam. Tiba-tiba kesesakan menjelma entah dari mana. I missed you even for a moment i left you.

Bertolak ke Ipoh jam 11.45pagi. Tiba di Ipoh jam 1.45pm. Hampir  2 jam aku memandu. Terus mencari Seri Malaysia. Setibanya di sana upacara telah bermula. Apa lagi terus menuju ke ruang juadah untuk santapan tengahari. Lauknya not bad. Ketemu teman-teman sayang. Lepak hampir 2 jam.

Setelah merapat sembah Raja sehari kita berangkat menyambung perjalanan ke Sitiawan. Hampir 45minit perjalanan. Akhirnya tiba juga ke destinasi terakhir.

Petang kami berlima ke Teluk Batik. Hanya bermain air di persisiran pantai. Hmm si dia mula scanning keadaan sekeliling. Aku mula irihati. Hampir matahari terbenam kita pulang ke rumah.

Malam ke Bandar Lumut. Lumut Water Front. Sambil berbual bersama pak cik bersama si dia hari beransur mendung. Hujan rintik pun turun. Bergegas terus menuju ke tempat santapan malam.

Dalam perjalanan aku dan dia berbahas tentang sesuatu isu. Hampir menjadi perkelahian. Tapi aku tidak bermaksud apa-apa. Bermasam muka seketika. Tapi cinta mengatasi segalanya. Kita kembali seperti biasa.
Sayang aku amat menyayangi dirimu.

Setelah makan malam langsung terus pulang ke rumah. Aku keletihan. Tidur ada lah acara seterusnya. Walaupun kita bersebelahan aku tetap dapat menyentuh dan merasai kehangatan dirinya. Hari yang sangat bererti bagi diriku. Meluangkan sepenuh masa dengan dirinya.

Kesian Dia

11th March 2011

Awal pagi lagi si Dia mengadu pening kepala. Tubuhnya basah berpeluh. Hmmm demam sayang ku ini. Jam 9 pagi kita ke klinik. Dapat MC satu hari. Sayang jangan lah kau sakit. Pindahkan lah sakit pening mu itu kepada diriku.

Breakfast ke Sunway, ke kantor Nor. Selesai sarapan langsung pulang ke rumah. di rumah hanya istirehat. Tidur sepanjang hari.

Lewat petang aku pula yang demam. Huhu doa ku dimakbulkan. Si dia sihat sediakala. Ambil Nor di Carefour dan langsung ke pasar malam.

Menonton di rumah. Aku kelesuan, pening. Tidur sementara  menunggu jam 11 malam.

Malam itu kita bertiga ke IOI Mall menonton premier show The Invasion, Battle of LA.  Ceritanya menarik aksi aksi alien bertempur dengan manusia. 4 stars. Jam 2.30 pagi baru sampai rumah. Tidur senyeyaknya.
Sepanjang hari aku bersamanya. Aku puas.

Hari ini penuh dengan kasih sayang. Semoga esok menjanjikan hari hari yang lebih bermakna.

Thursday, March 10, 2011

A mixed feeling day.

10th Mar 2011.

Dari awal pagi dah keluar rumah. Hujan, rintik, radio bilang jalan jem di LDP. Kemalangan jalan raya di LDP, jalan jem dari IOI hingga sunway tol. Sekarang hala tuju Sunway. 7.45pagi bergerak. Untuk mengelak kesesakan cuba ikut laluan dari Subang. Sama aje. Akhirnya sampai Sunway jam 9.30pagi.

Breakfast bersama teman di kantornya. Lebih kurang satu jam aku bergerak semula di atas jalan raya. Hendak kemana tujuan ku seterusnya. Bosan! Hmmm ke Kuala Lumpur.

Telephone si Dia beritahu akan buat kunjungan sebentar lagi untuk Lunch bersama. Jam 12.30 sampai ke ibukota. Langsung terus ke tempat yang dituju. Makan, enak. Harga berpatutan. Punya ruang masa. Kita berdua berlegar-legar ke salah satu toko yang terkenal di kawasan sekitar.

Aku bersamanya tapi aku tidak puas kerana tidak dpt memegangnya. Hampir 1 1/2 jam masanya telah tiba untuk beredar. Perasaan rindu masih terus membuak walau baru seketika berjumpa. Aku tersenyum puas sebab itu tandanya aku Cinta padanya. Sungguhpun kita telah bersama tapi aku suka perasaan seperti orang yang baru bercinta dan harus dikekalkan perasaan ini selama-lamanya. Kita harus bercinta dengan orang yang kita sayangi setiap hari. Insyaallah perhubungan ini akan terus mesra cuma jangan ada duri dan ranjau yang kita sendiri cipta. Maka akan binasa seluruhnya. Ingat pesan ku setiap hari sebagaimana aku mengatakan yang aku cinta padamu setiap hari juga.

Jam di dinding ada cuma 1 jam untuk si Dia pulang dari kantor. Hati berbunga untuk ketemu semula. Aku rindu padamu.

Malangnya ada saja aral yang melintang. Urusan kerja, urusan kantor. Jam 6 lewat 30 kau masih dikantor. Aku benci menunggu mu setiap hari. Di kala senja menjelma, malam mendatang. Apa yang ada buat kita hanya sisa sisa dingin malam yang mana kita akan bersama sekadar 2-3 jam bernyawa. Selebihnya hanya sekujur tubuh dingin melayari malam untuk istirehat dan tidur. Routine keesokan harinya..aku menungu lagi kepulangan mu.

Mungkin itulah realiti erti satu kehidupan.

1 nama dengan 2 ID

9th March 2011.

Petang nie terkejut sebab followers my blog tiba-tiba ada 3 orang. Sblm nie takde siapa yang tahu pasal blog ni. Merak...hmmm ada dua merak...musykil sangat...

Siapa?...malas nak siasat. Copycat ke? Atau ????? The truth will always prevail.

No mood this evening!

8th March 2011 in the evening.

Petang nie mula mula ingat happy biler dia balik kerja. Dah lah pergi ambil gambar sorang-sorang takde siapa nak teman. Dia balik kita beria ia tunjuk photo kat dia. Tiba tiba bagi komen muka kita muka  talam. Hmmm..is that a joke? Not even my ex ever called me names.

So buat bodoh je lah ari nie. Even people who are not perfects i never called them with names. Apatah lagi orang yang kita sayangi.

Itu erti satu kehidupan yang sebenarnya.  Bak kata pepatah kuman di seberang laut nampak gajah di depan mata tak nampak. If you dont appriciate how I look others will.

Tuesday, March 08, 2011

Lagu ku untuk Mu

Tersenyum aku di pagi ini bila dia menyuruh aku mendengar Hot FM. Lagu kita. Dari ku untuk mu.

Setiap nafas yang dihembus,
Setiap degupan jantung,
Aku selalu  memikirkan mu,
Dalam sedar dibuai angan
dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan mu,

Ternyata ku perlukan cinta,
Dari dirimu sayang
barulah terasa Ku bernyawa.

Kasihku ku amat menyintai kamu
Kerna kau beri erti hidup,
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Selepas selamanya.

Di kala penuh dengan ketakutan dengan badai kehidupan,
Ku bersyukur adanya kamu,
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu.

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang,
Barulah terasa ku bernyawa.

Another day has gone. Actions speaks louder then words.

Another day has gone 
I'm still all alone 
How could this be 
You're not here with me.

Perjalanan kehidupan seharian semakin membosankan. Kemesraan yang ada hanya seketika. Tidak lebih dari beberapa jam dalam sehari. Masa yang ada tidak dipenuhi dengan detik detik yang memuaskan. Aku cuma takut sehari demi hari kita akan kehilangan kemesraan seperti dahulu. Yang tinggal hanya routine seperti tiada apa yang berlaku. Jangan sesekali kita "take things for granted" Entah esok lusa masa tidak kesampaian. Baru nak terngadah bila sudah terantuk. Tiada gunanya. 

Masih lagi dalam perhatian. Kesungguhan yang dirinya sendiri ungkapkan. Perubahan yang dirinya sendiri janjikan. Untuk membuktikan bahawa dia benar-benar inginkan kebahgiaan. Aku tunggu dan lihat kerna ungkapan tiada memberi makna tanpa kesungguhan dalam perbuatan. Coz action speaks louder then words.

Dia tahu aku amat menyayangi dirinya. Tapi jangan sesekali itu dijadikan alasan untuk mengambil kesempatan. Kerana setiap langkah menjadi perhitungan untuk episod seterusnya dalam mencari erti sebenar kehidupan.

Monday, March 07, 2011

Ibu Segala Penyakit Dalam Perhubungan

Lying is like an addiction. Ones you on it you cant stop lying. Liars when they speak the truth are not believe. False words are not only evil in themselves, but they infect the soul with evil. So Please don't lie to me, unless you're absolutely sure I'll never find out the truth.

Itu lah mukadimmah untuk tajuk kali ini. Ibu segala penyakit bagi setiap perhubungan. Tiada bohong sunat tiada bohong halal. Bohong/Tipu tetap satu dosa. Menipu pasangannya samalah ertinya seperti menduakan pasangannya. Tiada justifikasi, alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Berbohong hanyalah untuk melepaskan diri sendiri dengan tujuan memperbodohkan orang yang dibohongnya. But the truth will always prevail.

Secara rasminya bersaksikan seorang teman dia telah dengan rasminya menipu diriku. Satu kesalahan yang tidak patut diampunkan walau dengan apa alasan sekalipun. Tiada manusia yang waras harus mempercayai kata kata seorang penipu. Apa alasannya? Menipu kerana apa? Kerana siapa? Untuk siapa? Kerana si LAHANAT.

Habis sudah kepercayaan ku terhadapnya. Negatif 0%. Walau penyesalan hanya diutus melalui tulisan kesungguhan untuk memperbetulkan keadaan langsung tiada. Persoalan demi persoalan menerjah kembali dalam kotak fikiran ku. Adakah pembohongan ini yang kali pertama tetapi terkantoi. Apakah sebelum ini juga berlaku tapi cuma belum cukup bukti.

Aku masih berpegang kepada prinsip kehidupan bahwa setiap insan layak diberikan peluang buat kali kedua. Sungguhpun kesalahan ini merupakan dosa tidak patut aku maafkan. Tapi sebagai insan biasa aku maafkan dirinya. Its easy to forgive but its not easy to forget. Tercalit satu sejarah dalam perhubungan ini. Aku hanya menunggu dengan kata katanya untuk membuktikan dia akan berusaha untuk menambat dan mengembalikan kepercayaan ku terhadap dirinya.

Aku tunggu dan lihat..untuk melihat rentak kehidupan dirinya yang seterusnya dengan seribu satu harapan bahwa ini adalah sebenarnya erti satu kehidupan.