Monday, March 28, 2011

Rentetan Sepanjang Minggu

Sepanjang   15hb - 27hb Mar 2011

Sejak beberapa hari aku tidak meluahkan sebarang ungkapan maupun coretan di alam maya ini.Sekadar kerana ingin merangkumkan semua peristiwa yang berlaku dalam masa lebih dari seminggu.

 Kereta ayang di timpa kemalangan kecil. Salah siapa. Diri sendiri katanya. Bermula episod  memenatkan diri dengan membabitkan diri dengan berurusan dengan orang orang yang tidak cekap. Bermula dengan urusan membuat report. Interview dengan pegawai bertugas. Mengambil masa lebih kurang 5 jam sekurang kurangnya. Berakhir episod malam itu dengan tiba di rumah hampir jam 2 pagi.

Keesokan harinya urusan mengambil salinan report di IPT KL. Berjumpa pula dengan kutu kutu workshop yang berkeliaran di stesen dan akhirnya bersetuju membawa kereta ke bengkel yang dijanjikan.

Sabtu lepas, menuju ke UIA menghantar ayang untuk kertas peperiksaannya yang pertama. Dari jam 8 pagi hingga jam  11.30 segala urusan selesai.

Sepanjang minggu aku banyak meluangkan masa bersama samanya. Aku gembira dan bercampur sedih. Gembira,  sedikit sebanyak aku benar benar merasakan kehadirannya dlm diriku. Sedih kerana dia menghitung hari untuk meninggalkan ku dalam masa yang terdekat untuk 9 hari. Bagaimana harus aku lalui hidup ku tanpa dirinya.

Aku berserah pada mu tuhan. tabahkan hati ku. Aku akan sentiasa seperti diriku menyayangi dirimu..walau sedetik lebih.

No comments:

Post a Comment