Monday, February 07, 2011

Ku bercinta lagi.

Apa itu erti cinta? Yang sering kita ungkapkan ketika dilamun cinta. "I love you" "Aku cinta kamu" Cinta sejati berputik dari mata turun ke hati. Seburuk buruk mana pasangan yang kita cintai "aku tetap cinta kamu" .Setiap insan punya kelemahannya. They always deserve a 2nd chance.

Setelah bercinta sekian hampir satu abad lamanya, jodoh pertemuan di tangan tuhan aku kehilangan dia. Yang pergi takkan kembali, yang patah tumbuh, hilang berganti.

Bercinta harus dengan pengorbanan. Bercinta harus dengan keikhlasan dan kejujuran. Cinta akan berkubur hanya berkiblatkan nafsu semata-mata. Rupa paras bukan jadi ukuran. Harta benda bukan jadi penentuan.

Akhirnya aku mengalah juga dan terperusok dalam satu perasaan yang di anugerah tuhan untuk saling menyayangi antara satu sama lain. Kini aku serius bercinta dengannya walau hati ku ini pernah dimiliki oleh orang lain seabad lamanya.

Mengapa si dia? Sedangkan sebelum ini ramai lagi yang cuba berlabuh di hati ku cuma aku tidak yakin akan kesucian cinta yang diberi oleh mereka. Hanya luaran, kosmetik, plastik dan kepura puraan.

Hampir sebulan aku cuba memberikan perhatian kepada dirinya hanya untuk satu kepastian. Tujuan pengenalan di awal pertemuan hanya bertujuan bersosial tidak lebih dari itu. Dia menunjukkan bibit bibit cinta yang aku dapat kenal pasti dari gerak geri lakunya. Bersifat romantis, sifat ambil berat ada ditunjukkan pada diriku. Keikhlasan terpancar dari raut wajahnya.

Akhirnya aku dan si dia mengikat satu perjanjian. Antara bibit cinta yang diluahkan olehnya "Jangan kau kecewakan aku". Bagai satu kalimah keramat aku pegang kata katanya bahawa aku tidak akan sesekali mengecewakan dirimu.

No comments:

Post a Comment